top of page

Astro & Warnakala Studios Hidupkan Didi & Friends: Storytime dengan Kandungan Mesra OKU

  • kaypohmedia
  • 4 minutes ago
  • 2 min read

Acara ini meraikan kanak-kanak daripada Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) dan Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) dengan kehadiran hampir 200 peserta daripada komuniti OKU penglihatan serta pendengaran.


ree

Turut memeriahkan majlis ialah YB Dato’ Sri Hajah Nancy Binti Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, bersama barisan tokoh industri termasuk Agnes Rozario (Ketua Pegawai Kandungan Astro) dan Ched Yusaiddi (Ketua Pegawai Komersial Warnakala Studios).


Didi & Friends: Storytime bukan sekadar hiburan, malah menjadi medium untuk memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak. Lebih istimewa, siri ini diperkenalkan dalam versi audio dan turut disertakan dengan interpretasi Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) bagi memastikan kanak-kanak daripada pelbagai latar keupayaan tidak ketinggalan.


ree

YB Dato’ Sri Hajah Nancy menegaskan:

“Siri Didi & Friends: Storytime merupakan contoh terbaik bagaimana media boleh menyokong literasi awal. Pendekatan inklusif ini memastikan semua kanak-kanak berpeluang untuk turut serta dan mendapat manfaat.”


Majlis dimeriahkan dengan sesi bercerita interaktif bersama Abang Paan, persembahan maskot Didi & Friends serta tayangan awal episod audio. Jurubahasa daripada MFD juga hadir memberikan interpretasi langsung dalam BIM.


Sebagai langkah inovatif, Astro dan MFD turut menghasilkan satu episod khas serta sebuah lagu Didi & Friends versi BIM yang dipersembahkan secara eksklusif ketika acara berlangsung.


ree

Lebih istimewa, 12 personaliti Astro turut menyumbangkan suara mereka dalam audiobook Didi & Friends Storytime, antaranya:

  • Hani Fadzil (Mix) – Arnab & Kura-Kura

  • Anas Tahir (Zayan) – Monyet & Lada

  • Hawa Rizwana – Jack & Kacang Ajaib (Part 1)

  • Abang Paan – Jack & Kacang Ajaib (Part 2)


Siri penuh audiobook Didi & Friends Storytime akan dilancarkan secara eksklusif di aplikasi Syok bersempena Merdeka dan Hari Malaysia:

  • 31 Ogos 2025 – 6 episod pertama

  • 16 September 2025 – 6 episod berikutnya


ree

Selain itu, penonton boleh menantikan episod baharu setiap Jumaat, jam 3 petang di Astro Ceria, Astro Go dan sooka.


Melalui inisiatif ini, Astro bukan sahaja memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju kandungan hiburan Malaysia, malah membuktikan komitmen mereka dalam menyediakan kandungan mesra OKU yang mendidik, menghiburkan dan menyatukan masyarakat.

Commentaires


bottom of page