Astro Hidangkan Dua Program Terbaharu Mesra Keluarga: Jutawan Ekspres & The Chosen One XTRA 2025
- kaypohmedia
- 7 hours ago
- 2 min read

Astro terus membuktikan komitmennya sebagai hab hiburan utama Malaysia dengan mempersembahkan dua program terbaru yang bakal menceriakan tontonan seisi keluarga, drama komedi Jutawan Ekspres dan musim baharu program realiti serba boleh, The Chosen One XTRA. Kedua-dua program ini akan bersiaran bermula Julai 2025 menerusi saluran Astro Ceria dan Astro Ria.
Menurut Naib Presiden Strategi Kandungan GenNext, Putri Yasmin Megat Zaharuddin, Astro menekankan elemen hiburan berinformasi dan nilai kekeluargaan dalam setiap kandungan yang dihasilkan. “Kami menerbitkan dua program berlainan genre, rancangan realiti The Chosen One XTRA dan drama komedi Jutawan Ekspres yang bakal menggandingkan artis tersohor dengan wajah baharu berbakat,” ujar beliau.

Jutawan Ekspres mengisahkan sebuah keluarga biasa yang tiba-tiba menjadi jutawan, lalu berdepan pelbagai cabaran akibat kekayaan mendadak mereka. Sarat dengan mesej moral dan situasi lucu, drama ini dibintangi oleh Bell Ngasri, Elly Mazlein, Rashidi Ishak, serta wajah-wajah baharu seperti Qistina Khaled dan Kim Azzim. Ia diarahkan oleh Wan Hasliza, yang terkenal dengan karya seperti Keluarga Iskandar dan Dr. Pontianak. Tarikh siaran: 21 Julai 2025, setiap Isnin, jam 9.00 malam di Astro Ceria (saluran 611)

Musim baharu The Chosen One XTRA kali ini tampil lebih segar dengan bukan sahaja bakat nyanyian, tetapi juga persembahan tarian, akrobatik dan instrumen muzik. Menariknya, musim ini memperkenalkan barisan 'coach' selebriti baharu termasuk Namie, Nikki Palikat, Achey, Tuju & Loca B, Bunga, Usop dan Naqiu. Nabil Ahmad bersama anaknya Nayla Mikayla pula menggalas tugas sebagai pengacara, manakala Dato’ Awie dan Sharifah Shahirah mengemudi kerusi juri. Tarikh siaran: 25 Julai 2025, setiap Jumaat, jam 9.00 malam di Astro Ceria (saluran 611) dan Astro Ria (saluran 104)
Sebagai kesinambungan kempen hiburan keluarga, Astro turut akan menganjurkan siri jelajah Home of Kids dari Ogos hingga September 2025. Acara ini bakal menampilkan karakter kartun popular daripada Cartoon Network, Nickelodeon, CBeebies, Moonbug dan banyak lagi. Edisi mini akan berlangsung dari 1–3 Ogos di Pavilion Damansara Heights, manakala edisi utama diadakan di Pavilion Bukit Jalil Convention Centre pada 12–15 September sempena musim cuti sekolah.
📺 Saksikan secara On Demand di Astro GO dan sooka.Langgan Pek Astro One dari RM49.99/sebulan atau nikmati kelajuan tinggi dengan Astro Fibre + Pek Hiburan pada RM139.99/sebulan.
댓글