top of page

Ariel Fesol Dinobat Juara Big Stage Alpha, 7 Finalis Tubuh Kumpulan ‘Alpha’ dan Bakal Gegar Konsert Hael Husaini

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • 8 hours ago
  • 1 min read

Selepas lapan minggu bersaing sengit, Ariel Fesol akhirnya muncul sebagai juara Big Stage Alpha (BSA) yang berlangsung penuh meriah di Royale Theatre, Shah Alam malam tadi.

 

Kemenangan itu menyaksikan Ariel atau nama sebenarnya Muhammad Fhazrill Fesol, 27, membawa pulang wang tunai RM30,000 berserta trofi kemenangan.

 

Pada malam akhir, Ariel berjaya menewaskan enam peserta lain menerusi markah gabungan persembahan solo dan berkumpulan, sekali gus mengungguli kedudukan teratas.

 

Ray-D diumumkan sebagai naib juara dengan hadiah wang tunai RM20,000 dan trofi, manakala Rizal Rasid menduduki tempat ketiga membawa pulang RM10,000 berserta trofi.

 

Tempat keempat hingga ketujuh masing-masing dimenangi oleh Daniel Sher (RM5,000), Araff (RM5,000), Izat Ibrahim (RM5,000) dan Afiq Sky (RM3,000).

 

Kejutan besar turut diumumkan apabila ketujuh-tujuh finalis akhir disatukan dalam sebuah kumpulan lelaki baharu yang dinamakan Alpha.

 

Kumpulan tersebut melancarkan single sulung berjudul Mona Lisa sejurus tamat pertandingan.

 

Menambah keterujaan, juri tetap BSA, Hael Husaini mengumumkan bahawa Alpha akan turut membuat penampilan istimewa dalam konsert solonya yang dijadualkan berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 8 Ogos depan.

 

Program ini berjaya mencungkil bakat-bakat baharu lelaki dalam industri muzik tempatan, sekali gus memperkenalkan wajah-wajah segar yang bakal mencorak masa depan arena hiburan tanah air.


Comments


bottom of page