Ari Lesmana Bakal Gegarkan Zepp KL Dalam “Intimate Live Session” Bersama DJ Firza Malam Tahun Baru Ini!
- N

- 9 minutes ago
- 1 min read
Bersiap sedia untuk menutup tahun 2025 dengan alunan muzik yang penuh jiwa! Vokalis utama Fourtwnty, Ari Lesmana, bakal kembali ke Malaysia untuk mengadakan persembahan eksklusif bertajuk “Intimate Live Session with Ari Lesmana feat. DJ Firza” pada 31 Disember 2025 (Rabu) di Zepp Kuala Lumpur.

Dikenali dengan suara unik dan lirik puitis yang menusuk kalbu, Ari Lesmana menjanjikan sebuah malam yang mendalam dan intim, meraikan kesederhanaan, cinta, dan kebersamaan dalam suasana yang hangat dan dekat dengan peminat.
Konsert ini akan menampilkan DJ Firza sebagai pembuka tirai, menjanjikan suasana tenang dan soulful sebelum Ari Lesmana mengambil alih pentas dengan lagu-lagu yang menjadi siulan ramai seperti Zona Nyaman, Fana Merah Jambu, dan Aku Tenang.
Dengan kapasiti terhad di Zepp Kuala Lumpur, acara ini bakal memberi peluang kepada peminat untuk menikmati persembahan secara lebih dekat, benar-benar intimate seperti judulnya.
Tiket mula dijual pada 7 November 2025 (Jumaat) jam 11:00 pagi (MYT) di laman rasmi MyTicketEmpire.

“Intimate Live Session with Ari Lesmana” bukan sekadar konsert, tetapi perjalanan emosi dan muzik yang menghubungkan artis dengan peminat dalam satu ruang yang penuh makna. Jika anda seorang peminat muzik indie atau pengikut setia Fourtwnty, ini adalah malam yang wajib anda hadir.
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada malam bersejarah ini!
Jangan lupa 31 Disember 2025 ini dan bersiaplah untuk menyambut tahun baru dengan Ari Lesmana Live in Kuala Lumpur!









Comments