top of page

Anyarin Sofia Lancar Single Baharu “Baler Baler”

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • 1 day ago
  • 1 min read

Penyanyi muda berbakat, Anyarin Sofia kembali mencuri perhatian dengan pelancaran single terbaharunya berjudul Baler Baler, yang kini boleh ditonton secara rasmi di saluran YouTube Rusa Music.

 

Lagu Baler Baler menampilkan sentuhan penuh daripada Mas Dewangga, yang bertindak sebagai komposer, penulis lirik, penggubah, serta penerbit. 

 

Kolaborasi kreatif antara Mas Dewangga dan Jova Devito dalam penulisan lirik turut menghidupkan lagi elemen unik dalam karya ini.


 Menariknya, Baler Baler turut mencuri perhatian kerana keberanian Anyarin menggabungkan pelbagai bahasa dan dialek dalam satu karya termasuk loghat Kelantan, Bahasa Melayu standard, serta bahasa Thai.

 

Variasi ini bukan sahaja memperkaya dimensi emosi lagu, malah menjadikannya unik dan lebih dekat dengan pelbagai lapisan pendengar serantau, terutama generasi muda yang terbuka dengan campuran budaya dalam muzik kontemporari. 

 

Diterbitkan di bawah RUSA Publishing Sdn Bhd, lagu ini menjanjikan sesuatu yang segar buat peminat muzik tempatan.



Comments


bottom of page