top of page

Anwar Amzah Melangkah Ke Dunia Nyanyian Solo Menerusi Single “Imaginasi”

  • kaypohmedia
  • 4 days ago
  • 2 min read

Nama Anwar Amzah mungkin tidak asing buat peminat muzik fingerstyle di Malaysia. Kini, gitaris berbakat besar dari Kluang, Johor itu mengambil langkah berani apabila muncul sebagai penyanyi solo dengan single terbarunya bertajuk Imaginasi.



Setelah lebih 12 tahun memukau penonton di saluran YouTube dengan petikan gitar akustik fingerstyle yang unik, Anwar kini mengorak langkah baharu dalam perjalanan seninya. Dikelola oleh pengurusan Mask Team sejak tiga tahun lalu, Anwar Amzah melangkah keluar daripada zon selesanya sebagai pengiring persembahan artis popular, kepada figura solo yang bersedia memikat hati pendengar.


Muzik video rasmi “Imaginasi” telah dilancarkan secara eksklusif di saluran YouTube Mask Team Official pada 3 Jun 2025 jam 9 malam. Lagu ini mengetengahkan gabungan elemen fingerstyle yang menjadi identiti Anwar, diperkaya dengan sentuhan moden yang lebih dekat dengan generasi muda masa kini.


“Saya ingin berkongsi sisi lain diri saya sebagai seorang penyanyi. Lagu 'Imaginasi' adalah ekspresi perasaan saya, dan saya berharap pendengar dapat merasai emosi yang ingin saya sampaikan,” kata Anwar.


Anwar Amzah bukan calang-calang pemuzik. Sejak kecil lagi, beliau sudah menunjukkan minat mendalam terhadap muzik. Pada usia lima tahun, beliau mula bermain gitar, dan kemahirannya dalam teknik fingerstyle mula mencuri perhatian setelah video-video cover akustiknya tular di media sosial ada antaranya mencecah lebih 3 juta tontonan.

Sebagai pemuzik profesional,


Anwar telah banyak bekerjasama dengan penyanyi tersohor tanah air seperti Hael Husaini, Marsha Milan, Khai Bahar, Syamel, Ernie Zakri dan Nabila Razali. Tidak hanya terhad di Malaysia, beliau turut menempa nama dengan mengiringi persembahan artis Indonesia ternama seperti Dato’ Sri Rossa, Mahalini, Govinda, Keisya Levronka, Bernadya dan Fabio Asher.



Dengan pelancaran “Imaginasi”, Anwar Amzah bukan sahaja membuktikan dirinya sebagai pemuzik versatil, tetapi turut menampilkan potensi besar sebagai penyanyi solo generasi baharu yang wajar diberi perhatian.


Untuk peminat muzik Malaysia dan pencinta seni fingerstyle, “Imaginasi” adalah naskhah peribadi yang bukan sahaja menyentuh hati, tetapi juga membuka lembaran baharu dalam karier seorang pemuzik sejati.



Tonton video muzik “Imaginasi” di saluran YouTube Mask Team Official hari ini.

Comentarios


bottom of page