Anugerah MeleTOP ERA 2025 Kembali: “Yang Rare, Yang Real, Yang Legend” Bakal Gegarkan Axiata Arena
- kaypohmedia
- 3 days ago
- 2 min read
Setelah tiga tahun menyepi, Anugerah MeleTOP ERA (AME) akhirnya kembali untuk edisi ke-9 yang dinanti-nantikan! Dengan tema 'Yang Rare, Yang Real, Yang Legend', AME 2025 bakal bersiaran secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada 12 Oktober 2025 jam 9 malam, menjanjikan sebuah malam penuh warna-warni, kejutan dan nostalgia untuk seluruh rakyat Malaysia.

Pentas gemilang ini bakal menghimpunkan selebriti-selebriti popular tanah air dan menampilkan persembahan istimewa daripada artis terkenal seperti Nadeera Zaini, Ernie Zakri, Mimi Fly dan ramai lagi yang akan diumumkan tidak lama lagi. Barisan hos juga bukan calang-calang, diketuai oleh trio popular MeleTOP Nabil Ahmad, Namie dan Hawa Rizwana bersama pengacara versatil, Sherry Alhadad.
Untuk edisi kali ini, sebanyak 16 kategori dipertandingkan, termasuk dua kategori baharu iaitu Vokal MeleTOP dan Gandingan MeleTOP. Malah, tiga kategori utama MeleTOP Male Artiste of the Year, MeleTOP Female Artiste of the Year dan MeleTOP Group/Duo Artiste of the Year turut diperbaharui bagi memberikan pengiktirafan lebih kukuh kepada penggiat seni tanah air.

Para peminat kini boleh mula mengundi untuk kategori 1 hingga 13 di laman web rasmi www.anugerahmeletopera.combermula 29 Julai 2025, jam 10 malam hingga 31 Ogos 2025, jam 12 tengah hari. Setiap pengguna diberikan 30 kredit undian setiap hari dan hanya boleh mengundi satu kategori setiap hari.
Langkah-langkah untuk mengundi:
Layari www.anugerahmeletopera.com
Log masuk menggunakan akaun Astro, Google, Apple atau Facebook
Gunakan 30 kredit undian harian untuk mengundi kategori pilihan
Tiga kategori utama pula hanya akan diumumkan secara eksklusif pada malam anugerah itu sendiri, menjadikan AME 2025 sebuah acara yang wajib ditonton.
Saksikan siaran langsung AME 2025 di Astro Ria (saluran 104) dan strim di Astro GO serta sooka. Untuk perkembangan lanjut dan senarai penuh calon, ikuti media sosial rasmi ERA dan layari laman web www.anugerahmeletopera.com.
Dengan gabungan selebriti popular, persembahan luar biasa dan semangat peminat yang luar biasa, Anugerah MeleTOP ERA 2025 bukan sahaja meraikan yang terbaik dalam industri hiburan tanah air, malah menobatkan yang rare, yang real dan yang legend.
Commentaires