Anugerah Lagu Indie 2024 Umum 90 Lagu Terbaik, Undian Kini Dibuka Hingga 30 Mei!
- Nurul Safiah
- May 6
- 1 min read
Updated: 7 days ago

Anugerah Lagu Indie (ALI) 2024 kembali hangat apabila senarai penuh Top 90 lagu terbaik secara rasmi diumumkan!
Daripada 471 penyertaan diterima, hanya 90 lagu berjaya mara ke peringkat Top 90, meliputi tiga kategori utama iaitu Pop, Rock, dan Hip Hop.
Masing-masing menampilkan 30 lagu teratas hasil penilaian rapi daripada juri profesional seperti AG Coco, Irena Taib, Leaism, Luca Sickta, dan Roshan Jamrock.
Menurut Penerbit Eksekutif ALI2024, Jenn Thompson, walaupun penyertaan tahun ini kurang meriah berbanding sebelumnya, namun kualiti lagu yang diterima sangat mengagumkan.
"Banyak lagu mempunyai sentuhan nostalgia dan bukannya mengikut trend semasa, menjadikannya lebih menarik. Kami turut tertarik dan terkejut dengan peserta muda yang menghantar lagu dengan bunyi yang 'lebih matang', menjadikan kategori Pop dan Rock agak mencabar untuk dinilai, manakala kategori Hip Hop pula tidak begitu kompetitif kali ini,” ulasnya.
Antara lagu dalam kategori Pop yang tersenarai termasuk Bianglala (The Goodfellaz), Cahaya (Bel), Feels Good (Ryotjones), dan Dewasa Yang Ku Impikan (Umar Akmal).
Orang ramai kini boleh mengundi lagu pilihan mereka secara dalam talian bermula 18 April hingga 30 Mei 2025 di https://www.anugerahlaguindie.com/senarai-lagu-indie-top-90/
Setiap individu dibenarkan mengundi lima lagu sahaja, tanpa mengira kategori, dan undian awam akan menyumbang 30% daripada markah keseluruhan, manakala 70% lagi akan ditentukan oleh juri profesional.
Hanya 5 lagu terbaik dari setiap kategori akan dipilih untuk mara ke Pentas Akhir ALI2024 yang dijadualkan berlangsung Julai ini.
Adakah lagu kegemaran anda akan mara ke pentas akhir? Undi sekarang dan sokong bakat muzik tempatan!
Comments