top of page

Antara Cinta dan Dendam, Kisah Penuh Konflik dalam Bukan Ipar Sempurna

  • Writer: Ain Najihah
    Ain Najihah
  • May 13
  • 1 min read


Apakah yang berlaku apabila kepercayaan dibalas dengan pengkhianatan? Mampukah cinta terus bertahan di tengah rahsia dan luka? Inilah persoalan utama dalam drama terbaharu slot Akasia berjudul Bukan Ipar Sempurna, arahan Ejump Mohd terbitan MIG Production Sdn. Bhd.



Drama sarat emosi ini menyentuh tentang cinta, pengorbanan dan pengkhianatan dalam institusi kekeluargaan. Drama yang diadaptasi daripada novel popular karya Bellesa, drama 28 episod ini membawa penonton menyelami sisi gelap perkahwinan yang tercemar oleh rahsia, dendam dan pengkhianatan.



Kisah bermula apabila Firash (Ikmal Amry) membatalkan pertunangan dengan Zara (Jihaa Sham) demi memperjuangkan cintanya terhadap Nadhia, wanita yang tidak direstui oleh ibunya, Puan Farida (Fazlina Ahmad Daud). Namun, kakaknya Atma (Nadiya Nisaa) menyokong keputusan Firash dan menerima Nadhia sebagai ahli keluarga.



Drama ini menampilkan pelakon hebat seperti Ikmal Amry, Cahaya Nilam, Hafeez Mikail, Nadiya Nisaa, Nessa Maureen, Atira Karma, Raff Roslee, Jihaa Sham dan Fazlina Ahmad Daud, setiap watak dibawakan dengan penghayatan mendalam, menyentuh emosi penonton.


Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti perjalanan Firash dan Nadhia dalam mempertahankan cinta mereka yang diuji. Tonton Bukan Ipar Sempurna bermula 13 Mei 2025, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di slot Akasia atau strim lebih awal di www.tonton.com.my dan aplikasi Tonton.


Comments


bottom of page