Andi Bernadee Kembali Dengan “Aku Nak Kahwin”
- Tasnim Ahmad
- 9 hours ago
- 2 min read
Kalau anda tengah penat dengar lagu patah hati, mungkin ini masa untuk tukar vibe. Lagu baharu Aku Nak Kahwin daripada Andi Bernadee datang dengan mood yang lebih ringan tapi tetap kena dengan realiti hidup ramai orang, especially bab jodoh.

Single terbaru ini bukan sekadar catchy, tapi juga dekat dengan kehidupan seharian. Kisahnya simple: bila kita dah bersedia nak kahwin, tapi jodoh tu… belum sampai lagi. Tambah pula dengan soalan klasik daripada keluarga “bila nak kahwin?”, memang ramai boleh relate.
Apa yang menarik, lagu ni tak terlalu berat dari segi emosi. Andi sendiri cuba bawa sesuatu yang berbeza dalam landskap muzik sekarang yang banyak dengan tema putus cinta. “Aku Nak Kahwin” lebih kepada vibe santai, positif dan sedikit playful. Sesuai jadi anthem untuk yang masih single tapi chill je tunggu jodoh.
Dari segi bunyi, lagu ini ada gabungan elemen nyanyian dan rap, yang bagi warna berbeza pada keseluruhan track. Tak terlalu kompleks, tapi cukup untuk buat orang layan dan ulang banyak kali. Senang cerita, lagu ni jenis yang mudah lekat di kepala.
Dalam masa sama, Andi juga sentuh isu tekanan sosial yang memang wujud sampai sekarang. Tapi pendekatannya simple, jangan terlalu stress, fokus pada diri sendiri dan perjalanan hidup masing-masing. Status bukan penentu bahagia, dan itu antara mesej utama yang cuba disampaikan.
Menariknya, perjalanan untuk keluarkan lagu ini bukanlah mudah. Andi sebelum ini berdepan masalah kesihatan yang menyebabkan beberapa perancangan terpaksa ditangguhkan. Tapi tempoh itu digunakan untuk pulih sepenuhnya, sebelum kembali dengan tenaga baru.
“Aku Nak Kahwin” juga menjadi pembuka jalan kepada album penuh Andi yang akan datang, Ding Geding. Jadi kalau ini teaser dia, nampaknya kita boleh expect sesuatu yang lebih fresh daripada Andi lepas ni.

Akhir kata, lagu ni mungkin nampak ringan, tapi mesej dia kena tepat pada masanya
especially untuk generasi sekarang yang selalu berdepan expectation orang sekeliling. Nak kahwin atau tak, itu cerita masing-masing. Yang penting, enjoy perjalanan dulu.



Comments