top of page

Anak-Anak Mafia Gegarkan Tonton Bermula 12 Jun ini!

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • 2 days ago
  • 1 min read

Sebuah kisah penuh ketegangan, cinta terlarang dan pengkhianatan bakal memanaskan skrin anda apabila drama bersiri Anak-Anak Mafia memulakan tayangan eksklusif di Tonton bermula 12 Jun 2025.

 

Dibintangi oleh pelakon berbakat Mierul Aiman, Fitri Farok, Scha Elinnea, Fariz Isqandar, Zhen Ning dan ramai lagi. 

 

Mengangkat elemen jenayah dan aksi yang sarat emosi, Anak-Anak Mafia mengisahkan Andra, seorang pemuda dari Thailand yang menyusup masuk ke dalam kumpulan mafia paling berbahaya di Kuala Lumpur, Serigala Merah demi menuntut bela atas kematian ibu bapanya 24 tahun lalu.

 

Diarahkan oleh Shuhaimi Zulkefli, drama bersiri 10 episod ini menjanjikan jalan cerita yang mendebarkan apabila dendam Andra mula digugat oleh cinta terlarang terhadap Katrina, kekasih kepada ketua geng mafia, Ice.

 

Dengan plot yang memikat dan aksi mendebarkan di setiap episod, Anak-Anak Mafia menjadi taruhan segar untuk peminat drama tempatan yang dahagakan kelainan.

 

Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti kisah penuh konflik, hanya di Tonton mulai 12 Jun!




Comentarios


bottom of page