top of page

Amir Nafis Kembali Jadi Antagonis Dalam Konspirasi

  • Writer: Tasnim Ahmad
    Tasnim Ahmad
  • 9 hours ago
  • 1 min read

Kalau korang perasan, nama Amir Nafis sekarang memang tengah naik. Tahun 2026 ni, dia muncul lagi dan kali ini dalam filem Konspirasi sebagai watak antagonis yang nampak lebih ‘berat’ dan matang. Dan ya, ini antara naskhah yang ramai tengah tunggu.


Bukan kali pertama Amir bawa watak jahat, tapi dalam Konspirasi, approach dia kali ni lain sikit. Lebih tenang, kurang over tapi tetap bagi impak. Kiranya jenis antagonis yang tak perlu jerit pun, aura dah cukup buat penonton rasa tak senang duduk.


Sebelum ni, Amir pernah muncul dalam Blood Brothers bersama nama besar seperti Sharnaaz Ahmad dan Syafiq Kyle. Dari situ, memang nampak dia bukan pelakon yang ‘satu tone’ je. Versatil, dan berani ambil risiko dengan karakter.


Dalam Konspirasi, dia digandingkan pula dengan Adi Putra, satu nama yang memang sinonim dengan watak serius dan berkarisma. Tambah lagi dengan kehadiran Hisyam Hamid, Alicia Amin dan Sarimah Ibrahim, lineup ni memang solid.


Dari segi jalan cerita, filem ni bawa penonton masuk ke dunia berisiko tinggi melibatkan ejen Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sedang memburu pengganas siber. Jadi bukan sekadar aksi, tapi ada elemen thriller, emosi dan realiti semasa yang buat cerita ni rasa dekat dengan kita.


Pengarahnya pula, Ghaz Abu Bakar, memang dikenali dengan gaya storytelling yang tersendiri. Jadi boleh jangka filem ni bukan sekadar ‘tembak-tembak’ semata.


Akan mula ditayangkan pada 21 Mei 2026, Konspirasi nampak macam antara filem tempatan yang ada potensi untuk jadi perbualan ramai especially kalau lakonan Amir Nafis berjaya ‘curi scene’.


Pendek kata: kalau korang suka filem aksi yang ada isi, ini mungkin dalam watchlist wajib.

Comments


bottom of page