Amir Jahari Kembali! Showcase ‘Ubat Hati Ubat Jiwa’ Gegarkan FINAS Ogos Ini
- Nurul Safiah
- May 28
- 1 min read

Nama yang tidak asing lagi dalam dunia muzik tempatan, Amir Jahari, bakal mengubat rindu para peminat menerusi sebuah showcase istimewa bertajuk “Ubat Hati Ubat Jiwa” pada 2 Ogos 2025, jam 8 malam bertempat di FINAS Kuala Lumpur!
Acara yang dianjurkan oleh Sekalo Music Production ini menjanjikan malam penuh emosi dan alunan muzik yang menyentuh jiwa, sesuatu yang memang menjadi kekuatan Amir Jahari sejak mula berkarya.
Peminat sudah boleh mula menanda kalendar kerana jualan tiket akan dibuka pada 29 Mei 2025, jam 8 malam menerusi laman rasmi www.amirjaharimuzik.com.
Harga tiket ditawarkan pada dua kategori iaitu RM59 untuk early bird dan RM79 untuk harga biasa.
Tempat adalah terhad, jadi peminat digalakkan untuk membuat pembelian awal bagi mendapatkan harga istimewa.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan penuh magis dari Amir Jahari.
Set reminder anda sekarang, “Ubat Hati Ubat Jiwa” bukan sekadar showcase, ia adalah pengalaman!
Comments