top of page

Amar Baharin Tamatkan #JourneyToTanahHaram, Bukti Kekuatan Fizikal dan Rohani

  • Writer: Ain Najihah
    Ain Najihah
  • 1 day ago
  • 1 min read


Pelakon terkenal Amar Baharin telah selamat tiba di kota suci Madinah selepas menempuh satu perjalanan luar biasa yang menjadi lambang kekuatan fizikal dan spiritual.


Misi yang dinamakan #JourneyToTanahHaram itu bukan sekadar perjalanan biasa, tetapi satu ekspedisi penuh makna menuju tanah suci bersama Datuk Qobin.


Perjalanan yang dilalui Amar Baharin telah membuka lembaran baru dalam hidupnya sebagai seorang insan, suami dan ayah.



 Isterinya, Aamyra Rosli, tidak menyembunyikan rasa bangga dan syukur atas kejayaan suaminya menamatkan misi ini. Dalam satu hantaran yang menyentuh hati, beliau meluahkan rasa bangga terhadap suaminya.


“My love, congratulations! You’ve finally made it to Madinah, Alhamdulillah. I’m so proud of you!,” katanya.


Beliau turut mendoakan agar pengalaman ini menjadikan Amar seorang yang lebih tenang, kuat iman dan terus istiqamah dalam kehidupannya.


Dalam pada masa yang sama, beliau menyampaikan penghargaan kepada semua yang telah memberi sokongan moral dan mendoakan keselamatan Amar sepanjang ekspedisi tersebut.


Kejayaan Amar ini turut menyentuh hati ramai pengikut media sosial yang mengikuti perkembangan beliau sejak awal perjalanan. Rata-rata memuji kecekalan dan semangat luar biasa beliau dalam menamatkan misi ini demi sesuatu yang jauh lebih besar iaitu mendapatkan keredhaan Ilahi.

Comments


bottom of page