ALYPH Sentuh Nostalgia dan Cinta Pertama Menerusi “Ingat”
- Ain Najihah
- 5 days ago
- 1 min read
Penyanyi, penulis lagu dan penerbit muzik terkenal ALYPH kini kembali dengan sebuah karya yang menyentuh perasaan berjudul “Ingat”, yang telah dilancarkan secara rasmi pada 20 Jun 2025.
Lagu ini kini meraih perhatian ramai dengan tontonan mencecah lebih 64,000 hanya dalam beberapa hari, sekaligus membuktikan kehebatan emosi yang dibawa.
Video muzik “Ingat” mengangkat tema tentang kenangan cinta pertama dan kenangan sewaktu kecil yang memberi makna besar dalam kehidupan.


Antara momen yang menyentuh hati ialah babak dua kanak-kanak berinteraksi sambil berkongsi lolipop disertai dengan lirik “Aku ingat masa aku jatuh cinta denganmu”. Babak ini mencerminkan keikhlasan perasaan cinta ketika usia muda.
Lagu ini turut menampilkan lirik yang penuh makna seperti:
“Kau kata kau nampak aku tengok dari jauh kau rasa terganggu... Aku ingat masa aku jatuh cinta denganmu.”



Setiap bait kata menggambarkan perasaan nostalgia, keterujaan dan penghargaan terhadap detik-detik kecil bersama insan tersayang.
“Ingat” bukan sekadar lagu cinta, tetapi sebuah surat cinta kepada kenangan lama. ALYPH berjaya menghidupkan semula memori yang mungkin pernah dilalui oleh ramai pendengar, menjadikan lagu ini sebuah karya yang dekat di hati.
Anda boleh dengarkan “Ingat” sekarang di semua platform digital!
Comments