top of page

ALPHA Umum The First Wave Concert, Bakal Gegarkan Zepp Kuala Lumpur 26 September Ini

  • Writer: N
    N
  • 3 hours ago
  • 1 min read

Kejutan buat peminat ALPHA! Ketika berlangsungnya Big Stage Rocketfuel sebentar tadi, kumpulan itu mengumumkan mereka bakal mengadakan konsert solo pertama menerusi The First Wave Concert yang dijadualkan berlangsung pada 26 September 2026 di Zepp Kuala Lumpur.


Tidak lama selepas pengumuman dibuat di pentas, ALPHA turut berkongsi maklumat harga tiket menerusi Instagram Story rasmi mereka. Jualan tiket akan dibuka pada 19 Julai 2026, dengan tawaran Early Bird bermula serendah RM108 bagi tiket Standing. Turut ditawarkan ialah tiket seated pada harga RM168 dan RM188 bagi kategori Standing VIP sepanjang tempoh promosi.

Konsert yang dianjurkan Rocketfuel Entertainment ini menjadi konsert solo pertama ALPHA selepas kumpulan tersebut semakin mendapat perhatian menerusi karya-karya mereka, termasuk album debut The First Wave. Persembahan berskala penuh ini dijangka menjadi platform buat ALPHA membawa lagu-lagu popular, karya baharu serta pengalaman persembahan yang lebih imersif kepada peminat.


Poster rasmi konsert menampilkan konsep visual moden dan futuristik yang selari dengan identiti muzik ALPHA. Dengan Zepp Kuala Lumpur sebagai lokasi pilihan, The First Wave Concert dijangka menghimpunkan peminat dari seluruh negara bagi meraikan satu lagi detik penting dalam perjalanan seni kumpulan itu.

Bagi peminat yang mahu mendapatkan harga promosi, jangan lupa tandakan tarikh 19 Julai kerana kuota Early Bird adalah terhad.

Comments


bottom of page