ALPHA Tampil Gempak dengan Debut Muzik Video Mona Lisa (Bang Bang)
- Nurul Safiah
- 5 hours ago
- 1 min read

Detik yang dinanti-nantikan akhirnya tiba! Kumpulan baharu sensasi, ALPHA, secara rasmi melancarkan muzik video debut mereka berjudul “Mona Lisa (Bang Bang)” di saluran YouTube rasmi Rocketfuel Entertainment pada 6 July semalam.
Muzik video ini menandakan kemunculan pertama ALPHA dalam industri hiburan tanah air, dan ia tampil dengan visual yang penuh gaya berani serta karisma luar biasa.

Dengan pengaruh muzik moden dan elemen visual yang memukau, “Mona Lisa (Bang Bang)” memperkenalkan identiti artistik kumpulan ini yang penuh keyakinan dan bersedia mencipta fenomena tersendiri di kalangan peminat muzik tempatan dan serantau.
Daniel Sher turut berkongsi rasa syukur di media sosial atas kejayaan ini, mengucapkan terima kasih kepada kru produksi dan penaja.
Turut dinyatakan adalah penghargaan kepada peminat mereka, Alphanites, yang terus memberi sokongan penuh sejak awal penubuhan kumpulan.

Para peminat dan penggemar muzik tempatan kini boleh menonton muzik video rasmi “Mona Lisa (Bang Bang)” di platform YouTube Rocketfuel Entertainment.
Jangan lupa untuk like, komen dan kongsikan video ini bagi menyokong kemunculan pertama mereka di industri.
Tonton sekarang dan saksikan sendiri bagaimana ALPHA meledak pentas digital dengan gaya tersendiri!
Comments