top of page

Alpha Raih Lebih 50,000 Strim di Spotify Menerusi “Mona Lisa (Bang Bang)”

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • 19 hours ago
  • 1 min read

Kumpulan muzik Alpha mencipta sejarah tersendiri apabila lagu sulung mereka “Mona Lisa (Bang Bang)” mencatat lebih 50,000 strim di platform Spotify, hanya dalam tempoh singkat selepas pelancarannya.

 

Kejayaan ini bukan sahaja menjadi pencapaian penting buat kumpulan yang masih baharu dalam industri, tetapi turut membuktikan bahawa karya tempatan mampu mencuri perhatian khalayak.

 

Dengan lebih 16,000 pendengar bulanan di Spotify, populariti Alpha terus melonjak menerusi sokongan peminat setia.

 

Lagu “Mona Lisa (Bang Bang)” yang penuh dengan elemen eksperimental dan hook yang melekat ini telah tular di media sosial dan mula mendapat tempat dalam senarai main pendengar dari pelbagai lapisan usia.

 

Tahniah buat Alpha! Dengan permulaan yang kukuh, nampaknya Alpha sudah bersedia untuk mendominasi carta muzik tempatan dan mungkin antarabangsa.

 

Nantikan muzik video rasmi Mona Lisa (Bang Bang) pada 6 Julai akan datang!


Comments


bottom of page