top of page

ALPHA Dedah Peranan Setiap Anggota, Gabungan Bakat Serantau Yang Siap Gempur Industri!

  • Writer: Ain Najihah
    Ain Najihah
  • 2 days ago
  • 2 min read

Selepas mencipta kejayaan besar sebagai juara Big Stage 2025, kumpulan baharu sensasi, ALPHA, kini secara rasmi mengumumkan peranan setiap anggota dalam pasukan mereka.


Setiap ahli memainkan peranan unik dan signifikan dalam membentuk identiti muzik, persembahan serta kekuatan keseluruhan kumpulan ini.


Berikut merupakan pembahagian peranan rasmi anggota ALPHA:



Daniel selaku leader, memimpin kumpulan dari segi hala tuju, komunikasi serta semangat berpasukan. Karisma dan ketenangannya menjadi tunjang utama kestabilan ALPHA, baik di atas pentas mahupun di belakang tabir.



Ariel, yang memegang posisi sebagai main rapper, tampil dengan gaya rap bertenaga dan penuh ekspresi. Beliau menjadi nadi kepada elemen hip hop dalam muzik ALPHA dan menyerlahkan identiti tersendiri dalam setiap lagu.



Ray-D pula merupakan main dancer kumpulan. Dikenali dengan gerakan tari yang lincah, kemas dan memukau, Ray‑D mengetuai segmen tarian dan memastikan persembahan pentas ALPHA sentiasa bertenaga dan memikat.



Izat, vokalis utama atau main vocal, memainkan peranan besar dalam menyampaikan bahagian vokal paling mencabar. Dengan lontaran suara yang mantap dan emosional, beliau sering menjadi tumpuan dalam persembahan kumpulan.



Rizal berperanan sebagai lead vocal, yang melengkapkan harmoni dan menyokong kekuatan vokal Izat. Vokalnya yang lunak dan merdu memperkukuh susunan vokal ALPHA secara keseluruhan.



Araff, sebagai visual kumpulan, mencuri tumpuan dengan penampilan menawan dan gaya persembahan yang memikat. Beliau juga menjadi wajah hadapan ALPHA dalam pelbagai promosi dan kemunculan media.



Sebagai maknae atau ahli termuda, Sky membawa elemen segar dan ceria dalam kumpulan. Biarpun muda, Sky turut menyumbang dalam bahagian rap dan vokal tambahan, menjadikan persembahan mereka lebih dinamik dan menyeronokkan.


Pengumuman rasmi ini membuktikan bahawa ALPHA bukan sekadar kumpulan biasa, tetapi sebuah pasukan yang dibentuk atas kekuatan, bakat dan identiti tersendiri setiap anggota.


ALPHA juga turut melancarkan single sulung mereka berjudul "Mona Lisa (Bang Bang)", yang kini mula mencuri perhatian di platform digital. Dengan formasi lengkap dan hala tuju yang jelas, ALPHA bersedia untuk menggempur dunia hiburan tempatan dan serantau.


Comments


bottom of page