top of page

Alpha Bakal Gegarkan Pentas Raise The Star Malaysia Dengan Persembahan ‘Mona Lisa’

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • 6 hours ago
  • 1 min read

Selepas menamatkan saingan di pentas Big Stage sebagai juara, kumpulan sensasi Alpha kini bersedia untuk terus mencuri perhatian dengan persembahan sulung mereka selepas kemenangan, kali ini di pentas Raise The Star Malaysia.

 

Alpha dijadualkan membuat persembahan secara langsung menerusi lagu ‘Mona Lisa’ dalam program realiti terbaru Raise The Star Malaysia yang akan disiarkan Ahad ini, 22 Jun jam 9 malam, di Astro Ria dan platform penstriman sooka.

 

Perkara itu diumumkan secara rasmi menerusi akaun Instagram rasmi kumpulan Alpha semalam, sekaligus membangkitkan keterujaan peminat yang tidak sabar melihat aksi bertenaga mereka selepas persaingan panas di pentas Big Stage.

 

“Jangan lupa saksikan kami di Raise The Star Malaysia pada hari Ahad ini jam 9 malam, hanya di Astro Ria dan Sooka,” kongsi Alpha.

Raise The Star Malaysia terus menjadi platform utama bagi menampilkan artis-artis baharu dan sensasi tanah air, dan penampilan Alpha minggu ini pastinya bakal menjadi antara sorotan utama.

 

Jangan ketinggalan menyaksikan persembahan ‘Mona Lisa’ yang dijangka membuktikan mengapa Alpha dinobatkan sebagai pemenang Big Stage musim ini.



Comments


bottom of page