top of page

Alice In Borderland Kembali dengan Musim Ketiga, Bakal Ditayangkan Pada 25 September Ini!

  • Writer: Ain Najihah
    Ain Najihah
  • 10 minutes ago
  • 1 min read

Drama aksi penuh misteri, Alice in Borderland, kini kembali dengan musim ketiganya yang sangat dinanti-nantikan. 


Netflix mengumumkan bahawa tayangan perdana Alice in Borderland Season 3 akan berlangsung pada 25 September 2025, membawa penonton kembali ke dunia permainan yang penuh teka-teki dan bahaya.


Watak utama, Arisu, yang sebelum ini berjaya melarikan diri daripada dunia Borderland, kini sekali lagi terjebak dalam permainan hidup dan mati yang mendebarkan. 


Peminat pasti teruja untuk menyaksikan bagaimana Arisu akan menghadapi cabaran baharu yang menanti.


Treler yang dimuat naik oleh akaun rasmi Netflix telah meraih lebih  5.7 juta tontonan, menunjukkan betapa besar sambutan peminat terhadap pengumuman ini. 


Alice In Borderland yang pernah meraih populariti untuk 2 musim berturut-turut dijangka bakal menyajikan plot dan permainan yang lebih mencabar untuk musim terbaharu ini! 


コメント


bottom of page