top of page

Alha Alfa & Amylea Bersatu Dalam Lagu Balada Sayu “Pamit”

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • 2 days ago
  • 1 min read

Usahawan dan figura terkenal Dato’ Sri Alha Alfa melebarkan langkah ke dunia muzik dengan mempersembahkan single sulungnya berjudul “Pamit”, menampilkan gandingan padu bersama penyanyi dan komposer tersohor, Amylea.

 

Lagu berjudul Pamit, yang membawa makna pulang, minta diri atau selamat tinggal, mengangkat tema perpisahan dan kerinduan yang tidak berbalas. Dinyanyikan penuh emosi, karya ini menjadi satu luahan hati buat sesiapa yang pernah kehilangan insan tersayang.

 

Ditulis dan diterbitkan sendiri oleh Amylea, lagu ini mendapat sentuhan muzik daripada Bajai (Sci Fi Studio) selaku penerbit muzik.

 


Menerusi lirik seperti “oh pergi, senyuman yang tak kembali… dan dirimu tak berganti,” Pamit bukan sahaja sebuah lagu cinta, tetapi juga salam perpisahan yang penuh syahdu dan menyentuh jiwa.

 

Dengarkan “Pamit” sekarang di semua platform digital, dan saksikan video lirik rasminya di saluran YouTube Seventeen Eleven Music.

 

Jangan lupa kongsikan lagu ini kepada mereka yang sedang melalui momen perpisahan kerana setiap ucapan ‘selamat tinggal’ perlukan lagu yang tepat.


 

Comments


bottom of page