Album "Janji" Kini Dalam Edisi Vinyl Terhad Hanya 300 Unit Dikeluarkan!
- Ain Najihah
- 8 hours ago
- 1 min read

Peminat setia Dayang Nurfaizah kini berpeluang untuk memiliki album Janji dalam format eksklusif dan klasik iaitu edisi terhad piring hitam (vinyl) yang hanya dicetak sebanyak 300 unit sahaja!
Pengumuman yang dibuat oleh penyanyi tersohor itu menerusi laman Instagram rasmi @dayangsayangkamu telah mencetuskan rasa teruja dalam kalangan peminat.
Vinyl edisi khas ini menampilkan lagu-lagu penuh emosi dan kekuatan vokal yang menjadi identiti Dayang. Vinyl ini bukan hanya sekadar bahan koleksi tetapi juga simbol seni muzik yang bernilai tinggi.
Tempahan awal (pre-order) telah pun dibuka bermula hari ini dan penghantaran akan bermula pada 8 Ogos 2025. Bilangan unit untuk vinyl sangat terhad pastinya peminat tidak mahu terlepas peluang memiliki naskhah eksklusif ini.
Bagi peminat yang ingin membuat tempahan anda boleh imbas kod QR atau terus ke pautan berikut:
Buat peminat setia Dayang, anda perlu rebut peluang ini sebelum kehabisan stok!
Comments