top of page

Al Ghazali & Alyssa Daguise Selamat Bernikah, Mas Kahwin 16.6 Gram Logam Mulia dan RM9,900

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • 9 hours ago
  • 1 min read

Anak sulung kepada penyanyi terkenal Indonesia, Ahmad Dhani, iaitu Al Ghazali akhirnya sah bergelar suami kepada kekasih hatinya, Alyssa Daguise dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung indah di Jakarta pada pagi Isnin.

 

Pasangan itu disatukan dalam satu lafaz akad nikah yang berjalan lancar sekitar pukul 10 pagi dengan kehadiran ahli keluarga terdekat.

 

Al Ghazali menyerahkan mas kahwin berupa logam mulia seberat 16.6 gram dan wang tunai berjumlah 2,025 Euro (kira-kira RM9,900).

 

“Saya terima nikah dan kahwinnya Alyssa Paramitha Daguise Richard Vincent Daguise dengan mas kahwin tersebut dibayar tunai,” dengan hanya sekali lafaz, Al Ghazali sah menjadi suami Alyssa.

 

Pasangan sama cantik sama padan itu tampil anggun dalam busana rona putih mengikut adat Sunda, memperlihatkan keanggunan dan kesopanan budaya tradisi dalam majlis penuh makna tersebut.

 

Yang menarik perhatian ramai, momen istimewa itu turut menyaksikan kehadiran kedua-dua ibu bapa Al Ghazali, Ahmad Dhani dan bekas isterinya, penyanyi Maia Estianty.

 

Kedua-duanya duduk bersebelahan sambil menyaksikan detik penuh emosi itu, dengan Maia tampil anggun dalam persalinan sedondon rona hijau.


Comentários


bottom of page