top of page

Akim & The Majistret “Rampas” Kuala Lumpur Dengan Konsert Solo Pertama – Bukan Biasa-Biasa!

  • kaypohmedia
  • 3 days ago
  • 2 min read

Kalau selama ni kita kenal Akim & The Majistret dengan lagu-lagu padu macam Potret, Mewangi, dan Rampas, kali ni diorang nak buat lebih daripada sekadar nyanyi. Pada 28 Jun 2025 nanti, Mega Star Arena KL akan 'diserang' dalam satu misi besar-besaran – konsert solo pertama mereka, “Akim & The Majistret Rampas Kuala Lumpur”.

Bukan setakat show biasa, konsert ni datang dengan konsep yang power dan lain daripada lain. Akim tampil sebagai Komander, dan band dia sebagai Tentera Majistret. Yang paling best, peminat yang beli tiket akan dilantik jadi Perisik Majistret – maksudnya kau bukan datang tengok je, tapi kau sebahagian daripada “rampasan kuasa” muzik ni. Lepas beli tiket, akan ada misi-misi khas dan kejutan yang akan diumum sebelum hari konsert. Kau akan rasa macam masuk dalam storyline, bukan sekadar pergi tengok orang nyanyi atas pentas.


Lebih 20 lagu akan dibawakan secara live malam tu. Memang confirm satu malam penuh emosi, jerit, nyanyi ramai-ramai, dan mungkin ada air mata sikit. Semua susunan persembahan ni dibuat dengan kerjasama Racus Studio – so memang bukan calang-calang.

Nak jadi Perisik Majistret? Tiket boleh beli dekat www.ticket2u.com.my dengan tiga kategori: SAKSAMA (RM189), POTRET (VIP Seating – RM249), dan MEWANGI (Normal Seating – RM159). Bayar pun senang – boleh guna kad, online banking, atau bayaran ansuran guna Atome dan SPayLater.


Akim & The Majistret ni bukan band biasa – semua ahli kumpulan datang dari band popular macam 6ixth Sense, Hyper Act, Sofazr dan New Boyz. So bila diorang bergabung, memang rasa macam tengok Avengers atas pentas.


Dan ini baru permulaan. KL akan jadi lokasi pertama yang 'dirampas', dan akan ada banyak lagi konsert jelajah lepas ni. Kalau kau nak jadi antara yang pertama saksikan sejarah ni bermula, jangan tunggu lama. Tiket dah mula dijual. Dan siapa tahu, mungkin kau akan jadi salah seorang Perisik Majistret bertuah yang menang tiket percuma atau dapat merch eksklusif. Nak cuba nasib? Follow je @showtagasia kat TikTok dan Instagram.


Jadi, standby. Rampasan bakal bermula.

Comments


bottom of page