top of page

Aisha Retno Kembali dengan Karya Baharu, Tak Adil Tiba 27 Jun!

  • Writer: Ain Najihah
    Ain Najihah
  • 1 day ago
  • 1 min read

Penyanyi dan penulis lirik berbakat, Aisha Retno kembali menghangatkan dunia muzik dengan karya terbaharunya bertajuk [Re·Hab] Babak I: TAK ADIL, yang dijadualkan menemui peminat pada 27 Jun 2025.



Perkongsian terkininya di Instagram, Aisha meluahkan rasa teruja dan keterujaan untuk mempersembahkan karya yang sudah lama dinantikan ini. 


Beliau menyifatkan naskhah tersebut sebagai hasil nukilan yang ditulis dengan penuh kejujuran, khusus buat mereka yang pernah menjadi mangsa ketidakadilan.

"Crafted and written for you guys mangsa ketidakadilan, terimalah nukilanku yang ku sunting jujur sebutan dasar lubuk hati,” tulis Aisha dalam kapsyennya. 

TAK ADIL dijangka memberi impak yang besar kepada para pendengar yang mendambakan karya seni yang benar-benar menyentuh jiwa.


Para peminat kini menantikan detik pelancaran rasmi lagu ini, yang dilihat sebagai permulaan kepada babak baru dalam karier Aisha Retno melalui projek Re·Hab.


Jangan lepaskan peluang untuk menikmati TAK ADIL pada 27 Jun ini, satu karya yang dijanjikan bakal menyentuh nurani dan memberi suara kepada yang terpendam.

Comments


bottom of page