AirAsia Hausboom Festival 2025 "Paint The Town Red": Penampilan Istimewa Bernadya & Kunto Aji, 33 Artis, Fesyen dan Makanan!
- N
- 22 hours ago
- 2 min read
Buat peminat festival muzik dan gaya hidup, AirAsia Hausboom Festival 2025 dikuasakan oleh Hotlink kembali dengan konsep baharu, “Paint The Town Red”, yang bakal menggamatkan MAEPS Serdang pada 11 & 12 Oktober ini. Dengan warna merah melambangkan tenaga, keberanian dan semangat, festival ini menjanjikan pengalaman luar biasa yang menggabungkan hiburan, fesyen, dan makanan.

Kerjasama epik antara Hausboom dan AirAsia menjadikan festival ini lebih daripada sekadar muzik. Melalui Kempen AirAsia x Hausboom: Scan & Win, pengunjung berpeluang memenangi pelbagai hadiah termasuk 10 tiket penerbangan percuma tanpa had selama setahun, tiket pergi-balik ke 18 destinasi, baucar AirAsia MOVE & RIDE, hadiah tunai sehingga RM50,000, dan tiket percuma ke festival. Kempen ini bermula sejak Mei 2025 dan akan berlangsung sehingga Disember 2025.
Hotlink pula menawarkan empat tin Hausboom edisi terhad dengan QR Code unik yang memberi peluang menang setiap hari Ahad melalui program Menang Ahad, termasuk 1000 tiket percuma, telefon pintar, tambah nilai prabayar, internet percuma dan baucar makanan & minuman. Booth Hotlink sepanjang festival juga akan dipenuhi dengan aktiviti menarik dan cabutan hadiah eksklusif.
Setiap pemegang tiket festival berpeluang memenangi Perodua Ativa serba baharu melalui cabutan bertuah eksklusif di pentas utama. Untuk pertama kali, Hausboom bergabung dengan KL Foodie Fest bersama TikTok/Instagram influencer terkenal Pin Yang, menampilkan lebih 100 vendor makanan tempatan dari juadah jalanan hingga sajian istimewa, masuk adalah percuma, festival dibuka 10 pagi hingga 12 malam dan untuk semua peringkat umur.
Hausboom Lokal Fest 2025 menampilkan lebih 80 jenama “streetwear & lifestyle” termasuk SVG, Makerz, Kyrex, The Capcity serta koleksi thrift eksklusif hasil kerjasama dengan rakan rasmi SOVO, menjadikan festival ini destinasi wajib untuk pengunjung yang minat fesyen dan gaya hidup urban.

Lebih 33 artis tempatan & antarabangsa bakal memeriahkan pentas, antaranya:
Legenda muzik tanah air: Dato’ M. Nasir, Dato’ Jamal Abdillah, Ella, Slam, Def-Gab-C
Artis popular & bakat baharu: Noh Salleh & Restoe Iboe, Bunkface, K-Clique, 6ixth Sense, Spider, Salammusik, Gerhana Skacinta, Dolla, Insomniacks, No Good, Benzooloo, Slatan, Johny Comes Lately, Margastawa, Empty Page, FUGO, TT.13, Spooky Wet Dreams, The Rudean, DJ Fuzz
Artis antarabangsa dari Indonesia: Samsons, Bernadya, Kunto Aji, Feby Putri, Nadhif Basalamah, Ghea Indrawari
Harga Tiket dan Cara Pembelian
General Admission: RM119
Rockzone: RM299
VVIP: RM1,200 (premium view deck, hidangan & minuman tanpa had, tandas peribadi, laluan ekspres)
Pembelian tiket boleh dibuat di: sayalive.io/hausboomfestival2025
Festival ini turut dibantu oleh rakan rasmi: AirAsia, Hotlink, 7-Eleven, Perodua, KL Foodie, SVG, SOVO, Astro Gempak, Kahf, Gladius, Sani United Berhad, dan ramai lagi.
AirAsia Hausboom Festival 2025 dikuasakan oleh Hotlink bukan sekadar festival muzik, tetapi pengalaman gaya hidup, fesyen, makanan dan peluang memenangi hadiah luar biasa! Jangan lepaskan peluang untuk “Paint The Town Red” di MAEPS Serdang pada Oktober ini!
Comments