top of page

aespa & G-Dragon Bergabung Untuk Single Baharu “WDA”

  • Writer: Tasnim Ahmad
    Tasnim Ahmad
  • 10 hours ago
  • 2 min read

Kalau korang rasa dunia K-pop dah susah nak bagi kejutan besar, mungkin berita ni boleh buat ramai peminat tersenyum lebar. Girl group aespa kini bakal berkolaborasi dengan legenda K-pop generasi kedua, G-Dragon, menerusi single baharu mereka berjudul

“WDA (Whole Different Animal)”.


Single prerelease itu dijadualkan keluar pada Isnin jam 6 petang dan akan menjadi pembuka jalan kepada album penuh kedua aespa, LEMONADE, yang bakal dilancarkan pada 29 Mei nanti.


Apa yang buat ramai peminat lebih excited? Ini merupakan kali pertama G-Dragon tampil dalam rakaman rasmi bersama girl group generasi keempat. Memang kombinasi yang ramai tak sangka, tapi dalam masa sama… agak masuk akal juga.


Sebenarnya, hubungan profesional antara kedua-dua artis ni dah beberapa kali jadi perhatian peminat sebelum ini. Ahli aespa, Karina, pernah muncul dalam muzik video “TOO BAD” milik G-Dragon awal tahun lalu. Selain itu, aespa juga pernah muncul dalam rancangan variasi Good Day yang dikendalikan oleh rapper tersebut.


Menurut SM Entertainment, album LEMONADE bakal menampilkan sisi aespa yang lebih matang berbanding konsep futuristik dan “metaverse” yang sinonim dengan mereka sebelum ini. Jadi, ramai menjangkakan “WDA” akan jadi permulaan kepada “era baharu” aespa yang lebih sophisticated dan grounded.


Menariknya, pemilihan G-Dragon untuk lagu pembukaan album seolah-olah memberi signal bahawa aespa kini sedang bergerak ke arah identiti muzik yang lebih dewasa. Dalam dunia K-pop yang sentiasa berubah pantas, gabungan dua generasi ini memang nampak macam strategi yang cukup kuat.


Peminat pula sekarang tengah sibuk berteori macam mana bunyi sebenar lagu ni nanti. Ada yang harap vibe hip-hop experimental ala G-Dragon, ada juga yang nak dengar aespa tampil lebih dark dan bold daripada sebelum ni.


Apa pun, satu benda pasti, kolaborasi ni dah cukup buat dunia K-pop kaypoh sebelum lagu pun keluar lagi.

Comments


bottom of page