Aegis Buat Giveaway 300 Seluar dan 100 Hoodie Sabtu Ini!
- Ain Najihah
- 1 day ago
- 1 min read

Jenama streetwear tempatan yang semakin mencuri tumpuan, AEGIS601, bakal menganjurkan satu acara giveaway secara besar-besaran yang pastinya dinantikan para peminat fesyen jalanan seluruh negara!
Sebagai tanda penghargaan kepada komuniti peminat setia dan untuk menarik lebih ramai pengikut baharu, AEGIS601 akan mengedarkan sebanyak 300 helai Artic Boyka Pants dan 100 helai Earl Hoodie secara percuma.
Kedua-dua koleksi eksklusif ini merupakan antara keluaran terbaharu mereka yang menampilkan sentuhan gaya berani serta ketelitian dalam penghasilan produk yang menjadi identiti jenama ini.
Giveaway ini bukan sahaja meraikan peningkatan peminat AEGIS601, malah turut memperkenalkan kepada orang ramai gabungan unik antara fesyen jalanan dan budaya tempatan yang diangkat melalui rekaan-rekaan mereka.
Ia juga merupakan peluang keemasan buat pencinta streetwear untuk memiliki item yang kini menjadi buruan ramai.
Berikut merupakan butiran acara giveaway:
Tarikh: Sabtu, 28 Jun
Masa: 6:01 petang
Lokasi: Open Space Parking, Jalan Perak, Kuala Lumpur
Buat anda yang ingin menyertai, pastikan anda hadir awal dan bersedia untuk rebut peluang eksklusif ini.
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada gelombang fesyen tempatan yang semakin berkembang!
Comments