Adira Suhaimi Kembali Dengan “Sayang Orang Sama”
- Tasnim Ahmad
- 5 days ago
- 1 min read
Adira Suhaimi kembali dengan single terbaharu “Sayang Orang Sama”, sebuah balada yang menyentuh soal keikhlasan, penerimaan dan keberanian untuk melepaskan. Kalau anda peminat lagu emosi yang ‘kena’ tepat di hati, ini antara yang wajib masuk playlist.

Dikenali sebagai ‘Ratu OST’, Adira sekali lagi mempertaruhkan karya yang dekat dengan realiti. Lagu ini bukan sekadar kisah cinta teruji, tetapi refleksi tentang menyayangi seseorang walaupun sedar kasih itu tak sepenuhnya milik kita.
Dengan sentuhan komposer Mas Dewangga dan Jova Devito serta lirik oleh Dato’ Arisz Abdul Rahman JP, lagu ini tampil sebagai balada kontemporari yang sederhana namun sarat emosi. Kekuatan utamanya? Sudah tentu pada vokal Adira yang jujur dan penuh rasa.
Menariknya, “Sayang Orang Sama” turut dipilih sebagai runut bunyi drama Khianat Yang Terpilih yang bersiaran di slot Akasia TV3. Jadi tak mustahil lagu ini bakal jadi siulan ramai, seperti OST-OST Adira sebelum ini.
Single ini kini boleh distrim di semua platform muzik digital, manakala muzik video rasmi dilancarkan di YouTube Nova Music Videos.
Buat yang sedang belajar untuk redha dalam diam, mungkin lagu ini boleh jadi teman paling memahami.



Comments