top of page

“Ada Apa Dengan Melly..? Prom Nite” Gegar Axiata Arena 31 Mei Ini

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • May 19
  • 1 min read

Penyanyi tersohor Indonesia, Melly Goeslaw bakal menggegarkan pentas Axiata Arena dalam sebuah konsert istimewa “Ada Apa Dengan Melly..? Prom Nite” pada 31 Mei ini!

 

Acara eksklusif ini akan menyaksikan Melly mempersembahkan rangkaian lagu-lagu ikonik beliau bersama Anto Hoed.

 

Antara kemuncak malam tersebut ialah persembahan duet Melly bersama penyanyi sensasi Malaysia, Aina Abdul.



Dalam perkongsian di media sosial, Melly menyatakan keterujaan dan rasa syukur dapat merealisasikan impiannya untuk bernyanyi bersama Aina. 

 

“Saya sangat gembira kerana dapat bernyanyi bersama aina abdul dan saya sangat suka dengan suara dan gaya beliau,” katanya.

 

Turut memeriahkan malam prom paling ‘vazz’ ini ialah kemunculan istimewa penyanyi muda Dinda Ghania serta pasangan selebriti popular Indonesia, Raffi Ahmad dan Nagita Slavina, yang dijangka hadir memeriahkan malam berkenaan.

Penonton digalakkan hadir dengan busana prom yang bergaya dan glamor, menepati tema malam yang menjanjikan momen penuh memori dan gaya.

 

Tiket kini boleh didapati menerusi laman web rasmi www.ticket2u.com.my/mellyprom dengan harga bermula dari RM228 hingga RM558.

 

Peminat juga bakal menerima ‘Kacamata Cinta’ secara percuma sebagai simbolik kepada tema cinta yang akan mengiringi malam tersebut.



Comentários


bottom of page