top of page

Episod Khas 999 ‘Pemburu Pedo’ Bongkar Realiti Gelap Pedofilia Digital di Malaysia

  • Writer: Nurul Safiah
    Nurul Safiah
  • Jun 23
  • 1 min read

Dalam usaha menyedarkan masyarakat terhadap bahaya pedofilia digital yang semakin membimbangkan, program penyiasatan popular TV3, 999 bakal menayangkan sebuah episod khas bertajuk ‘Pemburu Pedo’ pada 25 Jun ini, jam 8 malam.

 

Episod ini hadir bersempena ulang tahun ke-41 TV3 dan menyajikan pendedahan eksklusif yang membuka mata mengenai jenayah seksual terhadap kanak-kanak di ruang siber Malaysia.

 

Sebagai pembuka mata kepada realiti yang mengerikan, episod inii akan membawa sorotan terhadap beberapa kes berprofil tinggi, termasuk kes Amirul Arif Mohd Yunos yang ditahan di UK pada 2024 dan Richard Huckle yang menggoncang negara pada 2016.

 

Dokumentari ini juga mengangkat insiden terbaru berkaitan sebuah kumpulan Facebook lucah ‘Grup Budak Sekolah’ yang tular, didedahkan berani oleh pengguna media sosial dikenali sebagai Mek Yun.

 

Untuk memperkukuhkan pembanterasan jenayah keji ini, episod ini turut memberi tumpuan kepada Operasi Cyber Guardian yang digerakkan oleh Unit D11 Bukit Aman antara Februari dan Mac 2025.

 

Operasi itu menyaksikan penahanan empat individu termasuk seorang penjawat awam, serta rampasan lebih 50,000 bahan penganiayaan seksual kanak-kanak (CSAM).

 

Sekaligus menjadi bukti komitmen pihak berkuasa untuk tidak berkompromi dalam isu keselamatan kanak-kanak.

 

‘Pemburu Pedo’ bukan sekadar tontonan, tetapi satu panggilan kecemasan untuk masyarakat agar lebih cakna, berani bersuara dan segera melaporkan sebarang bentuk eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak.

 

Saksikan episod penuh pada 25 Jun 2025, jam 8 malam hanya di TV3. Ini adalah perjuangan demi keselamatan generasi akan datang.


 
 
 

Comentários


bottom of page