top of page

25 Tahun kerjaya Muzik Shila Amzah Diraikan Dalam Konsert Mega

  • Writer: Atiqah Halim
    Atiqah Halim
  • 3 days ago
  • 1 min read
ree

Kaypohpers, masa ini lah korang nak mula kumpul duit! Shila Amzah baru sahaja umumkan konsert solo terbarunya bertajuk “Resonance: Shila Amzah in Harmony - 25 Years of Music & Memories” yang akan berlangsung pada 9 Mei 2026, jam 8 malam.


Bertempat di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), konsert ini bukan biasa-biasa sebab ia menandakan 25 tahun perjalanan Shila dalam industri musik daripada prodigy kecil yang selalu buat orang ternganga dengan vokal beliau, sampai lah jadi ikon muzik global yang dihormati.


Katanya, malam itu Shila akan bawakan simfoni khas dengan lagu-lagu hit dia dalam Bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin. Confirm goosebumps sebab kita semua tahu range vokal Shila memang lain macam.


Harga tiket dah diumumkan dengan harga; RM199, RM200, RM399, RM499 dan Suite Seat dengan harga RM599 dan RM649.


Buat #Shilalas, ini lah konsert wajib hadir. Bayangkan 25 tahun penuh kenangan, air mata, perjuangan, dan kerjaya Shila bakal dilakar semula atas satu pentas. Mark the date, 9 Mei 2026.


Comments


bottom of page