Rosé Cipta Sejarah di BRIT Awards 2026
- Tasnim Ahmad
- 5 days ago
- 2 min read
Rosé BRIT Awards 2026 jadi topik panas peminat K-Pop minggu ini bila anggota BLACKPINK itu sah bergelar artis K-Pop pertama menang Lagu Antarabangsa Terbaik di BRIT Awards. Ya, bukan pencalonan semata-mata tapi trofi betul-betul dibawa pulang.

Majlis yang berlangsung di Co-op Live Arena, Manchester itu menyaksikan lagu duetnya bersama Bruno Mars, berjudul APT, diumumkan sebagai pemenang. Satu detik yang confirm buat BLINK dan peminat muzik global rasa bangga.
Kalau ikut cerita, lagu APT ni diinspirasikan daripada permainan biasa masyarakat Korea Selatan yang selalu dimainkan bila lepak di apartmen. Nampak macam konsep santai, tapi siapa sangka ia boleh jadi fenomena global?
Lagu tersebut dimuatkan dalam album solo Rosé berjudul Rosie yang dilancarkan pada Oktober 2024. Sejak hari pertama keluar, lagu ini memang tak ‘turun gear’. Radio main. TikTok guna. Streaming naik mencanak.
Lebih mengagumkan, APT berjaya bertahan selama 45 minggu dalam carta Billboard Hot 100. Secara tak langsung, ia jadi lagu K-Pop pertama yang capai rekod tersebut dalam sejarah carta berprestij itu. Bukan calang-calang pencapaian.
Sebenarnya kemenangan di BRIT Awards 2026 ni bukan kejutan besar kalau tengok perjalanan lagu ini sebelum ini. Pada September tahun lalu, APT dah pun menggondol dua trofi di MTV Video Music Awards termasuk Lagu Terbaik.

Cuma rezeki belum memihak di Grammy Awards. Tapi kalau ikut momentum sekarang, perjalanan solo Rosé nampaknya masih jauh lagi.
Sebagai anggota BLACKPINK, nama Rosé memang dah besar. Tapi kemenangan ini mengukuhkan lagi statusnya sebagai artis solo global, bukan sekadar idol K-Pop.
Menariknya, trend sekarang jelas menunjukkan artis K-Pop makin diterima arus perdana Barat. Dari carta muzik sampai anugerah berprestij, pengaruhnya makin ketara. Dan Rosé kini ada tempat istimewa dalam sejarah itu.
Untuk peminat muzik Malaysia pula, ini bukti genre K-Pop bukan lagi “trend sementara”. Ia dah jadi kuasa global yang sukar dinafikan.



Comments